Sunday, January 24, 2010

Pertunangan: Sah Atau Moral Sahaja?

Baru-baru ini saya terbaca di dalam suratkhabar tempatan tentang tindakan seorang Muslim mengambil tindakan terhadap bekas tunangnya di sebuah mahkamah Syariah. Beliau ingin memohon ganti rugi daripada bekas tunangnya kerana memutuskan pertunangan tersebut. Ini merupakan suatu tindakan yang jarang dilakukan kerana menurut undang-undang keluarga Islam, pertunangan bukan merupakan suatu kontrak sah tetapi hanya suatu kontrak moral sahaja. Ini bermakna pertunangan boleh diputuskan dan tiada nilai perundangannya. Yang berkaitan dengan putus pertunangan hanyalah berkenaan persoalan pemulangan balik barang-barang semasa pertunangan sahaja. Tindakan meminta ganti rugi dalam pertunangan ini walaubagaimanapun dibenarkan dalam undang-undang keluarga sivil. Undang-undang keluarga sivil menganggapnya sebagai suatu kontrak sah. Jumlah ganti rugi akan ditentukan mahkamah sivil tersebut. Persoalannya sama ada beliau mendapat inspirasi daripada amalan undang-undang sivil dan ingin mencuba nasib di mahkamah Syariah pula. Pada pandangan saya, kalau sesebuah pasangan itu sudah tidak serasi semasa menjalinkan hubungan semasa pertunangan, seelok-eloknya berundur dan putus dengan cara yang baik. Oleh itu, amalan undang-undang keluarga Islam berkenaan perkara ini lebih baik dan sesuai. Yang penting, tidak boleh dipaksa hati seseorang untuk berkahwin. Tepuk dada tanya selera.

2 comments:

Anonymous said...

itu adalah hak masing2.. apa yg di minta ialah gantirugi akibat drpd putusnya pertunangan tersebut.

mungkin org yg diputuskan tunang itu telah mengeluarkan sejumlah wang untuk walimahnya, maka wajarlah pihak yg memutuskan itu membayar kembali separuh jumlah yg telah dikeluarkan. Ini kerana, sesungguhnya telah berlaku kemudaratan kepada org yg diputuskan pertunangan tersebut.

Tidakkah boleh digunakan kaedah
"La Darar wala Dirar"?

Mungkin u lupa, khitbah ialah perjanjian tuk perkahwinan. Perjanjian tidak boleh dimungkiri tanpa sebab yg kukuh yg daruri..Hayatilah surah
Al-Maidah:1 dan byk lg ahadith mengatakan kepentingan menepati janji.. saya yakin, u org yg terpelajar lebih arif tentangnya..

Org islam yg sejati tidak akan memungkiri janjinya jika tiada sebab yg terdesak.. Apakah tiada keserasian merupakan sebab yg daruri itu??atau, ia hanya sekadar mainan syaitan??

"Tepuk dada tanyalah IMAN"
JGN tanya selera,bro. Sebab selera itu hanyalah berasaskan hawa nafsu semata..Wallahu a'lam.

Anonymous said...

HEHE BRO YG KOMEN NIH, AWAT EMO SGT RELAX AR.. AWAT? TERKENA BATANG IDUNG KA? ADA SANAK SEDARA HOK KENA LAGU NIH KA? RELAX NAAA