Thursday, September 24, 2009

Risalah-Risalah Sufistik Jalaluddin Rumi 2

Bab 2: Kata-Kata Hanyalah Bayangan Kerealitian

Maulana berpendapat bahawa kata-kata hanyalah suatu bayangan daripada suatu kenyataan. Kata-kata hanyalah suatu kandungan tekstual. Karakter simpati dan bukan kata-kata yang boleh menarik hati seseorang kepada seorang yang lain. Sebagai contoh, walaupun manusia dapat melihat ribuan mukjizat yang dimiliki seorang nabi atau ribuan karamah yang dimiliki seorang suci, segala mukjizat dan karamah tersebut tidak akan membawa faedah kepada mereka yang melihat apabila tiada memiliki karakter simpati kepada nabi atau orang suci tersebut. Karakter simpati yang dapat menggoncangkan dan mengelisahkan hati seseorang.

Maulana berpendapat walaupun begitu, karakter simpati walaupun mempunyai kesan yang kuat tidak dapat dilihat seseorang manusia itu. Gambaranmental daripada segala sesuatu yang wujud dalam fikiran seseorang manusia akan membawa kepada hal tersebut. Sebagai contoh, gambaran tentang sesebuah taman akan membawa seseorang manusia itu kepada sebuah taman. Namun begitu, kadang-kadang terdapat muslihat daripada gambaran tersebut. Sebagai contoh, kadang-kadang apabila seseorang manusia itu sampai ke taman tersebut, ia tidak seperti yang digambarkan.

Maulana bertanya kepada kita tentang apa sebenarnya yang sedang diperbincangkan. Hakikatnya, yang mempersonakan ialah satu jua tetapi tampak kelihatan bermacam-macam. Maulana bertanya kepada kita tentang keinginan yang berbeza-beza oleh seorang manusia. Manusia tersebut inginkan mee, kuih-muih, buah-buahan dan kurma sebagai contoh. Meskipun keinginan manusia tersebut banyak tetapi ia merujuk kepada satu jua iaitu rasa kelaparan. Akan tetapi apabila rasa kelaparan itu sudah tiada, manusia tersebut tidak lagi memerlukan pelbagai keinginan itu lagi. Maulana mengaitkan perkara di atas dengan sepotong ayat al-Quran, 74:31. Ayat ini menerangkan tentang pelbagai jumlah yang diungkapkan hanya untuk menimbulkan perselisihan antara mereka.

Kelipatgandaan di antara manusia menurut pandangan maulana ialah suatu penipuan. Ini kerana manusia sering mengatakan "Ini satu" dan "Semua ini seratus" sebagai contoh. Mereka mengatakan orang suci itu unik sedangkan orang kebanyakan dikatakan ratusan atau ribuan sebagai contoh. Maulana berpendapat bahawa cara berfikir yang mengatakan yang banyak bermacam-macam dan yang satu itu unik ialah suatu penipuan. Sandaran maulana ialah ayat al-Qur'an yang di atas.

maulana berpandangan bahawa manusia mesti merujuk kepada agama untuk memperolehi bantuan pemahaman. kerana agamalah yang boleh membantu manusia memahami perkara-perkara yang datang dengan sembunyi-sembunyi. walaupun begitu, sekiranya seseorang itu menghabiskan kehidupannya dengan kebodohan tanpa menggunakan nalarnya, pemahaman dirinya akan cambah dengan lemah. akibatnya, dia tidak akan mampu memahami kekuatan agama. maulana memberikan sindiran kepada seseorang yang suka menguatkan kekuatan fizikal tetapi spiritualnya tiada kecerdasan. maulana menyindir golongan tersebut dengan menyatakan bahawa orang gila memiliki kekuatan fizik yang kuat tapi tak memiliki kecerdasan sedikit pun.

maulana berpendapat bahawa kecerdasan ialah suatu konsep halus yang berada dalam diri kita. Akan tetapi, siang dan malam kita disibukkan dengan unsur makanan. kita beralasan bahawa konsep halus mendapat kehidupan melalui fizikal kita. akan tetapi kemunculan kecerdasan mempunyai kemunculan yang berbeza. oleh itu, tidak logik untuk kita menghabiskan seluruh tenaga kita untuk kepentingan fizikal dan mengabaikan sesuatu yang lebih halus. walhal segala fenomena material kebendaan bergantung kepada inti. cahaya keluar melalui celah mata dan telinga sebagai contoh. apabila kita tidak memiliki celah tersebut, cahaya akan keluar melalui celah yang lain pula.

maulana menasihati agar kita tidak berputus asa kepada Tuhan kerana harapan ialah langkah pertama ke arah jalan keselamatan. walaupun kita tidak menempuh jalan tersebut, setidak-tidaknya hendaklah dibiarkan jalan tersebut sentiasa terbuka. jangan kita mengatakan bahawa kita sudah tersesat. ambillah jalan lurus dan tinggalkan jalan berliku-liku. jalan lurus ialah seperti tongkat musa jalan berliku-liku seperti papan para ahli sihir. jika kita melakukan kejahatan, kita akan menanggung akibatnya. adakah dengan melakukan kejahatan kita akan mencapai-Nya? maka jangan hilangkan harapan tersebut.

maulana juga menjelaskan keasyikan kita mendekati hal-hal duniawi secara berlebihan yang telah menjauhkan objek cinta yang seharusnya tumbuh dalam diri kita. contohnya ialah persekutuan antara kita dengan raja. bahayanya persekutuan ini bukanlan bermakna kita akan kehilangan hidup kita. walaubagaimana cepat atau lambat pun, kita tetap akan kehilangan hidup kita. bahayanya ialah bila kita mengakui persahabatan dengan raja dan menerima kekayaannya. bahkan kita tidak mampu melawan bicara raja tersebut dan hanya menerimanya.

maulana juga menerangkan bahawa dunia ini hanya buih sahaja. sungguh kasihan kita yang mencapai laut tapi hanya mengambil air sahaja sedang di lautan tersebut penuh dengan mutiara dan ratusan ribu barangan berharga. oleh itu, air di lautan ialah pengetahuan para orang suci. sebenarnya, dunia ini hanya buih yang dipenuhi barangan rongsokan yang terapung-apung. akan tetapi, dengan aliran ombak dan kesesuaian antara laungan laut dan ombak, buih ini menampakkan keindahan. cinta kepada isteri dan anak, emas dan perak, kuda yang mengagumkan, ternakan dan tanah, perhiasan manusia bukankah merupakan pelengkap kehidupan di dunia? Tuhan telah menyatakan bahawa segala sesuatu itu di buat indah tetapi ternyata tidaklah sebenar-benar indah. kenapa? keindahan yang dijanjikan Tuhan dialami para orang lain dari tempat lain.

maulan juga menjelaskan bahawa manusia ialah astrolabnya Tuhan. tetapi kita memerlukan para ahli astronomi untuk mengetahui cara untuk menggunakan astrolab ini. sekirang seorang penjual bawang diberikan astrolab ini, kegunaan apakah astrolab ini kepadanya? di tangan para ahli astronomi, astrolab ini akan bermanfaat. kerana sesiapapun mengetahui dirinya akan mengetahui Tuhannya. sebagaimana astrolab ini ialah cermin langit, kita ialah astrolab Tuhan kerana Tuhan telah memuliakan kita. ketika Tuhan membuat kita mengetahui diri kita sendiri, melalui astrolab dari diri kita sendiri kita akan menyaksikan pengejawantahan Tuhan dan keindahan sempurna-Nya saat demi saat. keindahan ini tidak akan hilang dari cermin tersebut. Tuhan memiliki para pelayan yang menyelimuti diri mereka dengan kebijakan, pengetahuan mistik dan keajaiban, meskipun manusia tidak memiliki ketajaman pandangan untuk melihat mereka. mereka menutupi diri mereka keluar daripada semangat biasa, sebagaimana yang dikatakan mutanabbi:

"mereka mengenakan kain brokat,
tidak untuk membuat diri mereka lebih cantik,
tetapi dengan itu mereka hendak melindungi kecantikan mereka"

No comments: