Tuesday, November 10, 2009

risalah-risalah sufistik jalaluddin al-rumi 3

matilah sebelum engkau mati dan jadilah cahaya Tuhan

maulana memulakan bicara dengan kata-kata seorang guru. guru itu menjelaskan apa sahaja yang kita lakukan kerana Islam merupakan perlakuan yang diredhai Tuhan. bahkan, segala perlakuan kita yang memberi ketenangan kepada umat Islam yang menyibukkan diri mereka kearah ketaatan kepada Tuhan merupakan suatu amal yang baik. Tuhan telah mendorong kita kearah perlakuan tersebut maka ianya ialah tanda kebaikan daripada Tuhan. akan tetapi, apabila kita ada kecenderungan untuk melakuan perlakuan yang kurang baik maka ianya boleh di anggap sebagai Tuhan menampakkan tanda-tanda ketidaksukaan-Nya.

guru itu ditanya pula anak muridnya tentang adakah jalan lain selain solat untuk mendekati Tuhan. guru itu mengatkan bahawa solat akan lebih mendekat seseorang itu dengan Tuhan. walaubagaimanapun, wujud solat tidak hanya berbentuk luaran iaitu memiliki awal dan akhir sahaja. bahkan jiwa solat tidak hanya dibataskan dengan kewujudan bentuk luaran ini. oleh itu jiwa solat merupakan keadaan dari keterserapan seseorang manusia dan ketidaksedaran seluruhnya selama mana semua melakukan sesuatu yang berbentuk luarannya. ini kerana di sana tiada ruang, tetap berada di luar.

maulana meneruskan nukilannya dengan mengungkap sebuah cerita berkenaan maulana baha'uddin. pada suatu hari, sahabatnya menemukan dia benar-benar terserap dalam perenungan atau fana'. ketika tiba waktu solat, beberapa anak muridnya berteriak kepadanya bahawa waktu solat telah tiba. maulana baha'uddin tidak memberikan perhatian kepada teriakan mereka. walaubagaimanapun, dua orang anak muridnya tetap melayaninya. salah satu anak muridnya yang sedang menunaikan solat bernama khwayagi, melihat jernih dengan mata hatinya bahawa seluruh mereka yang sedang menunaikan solat termasuk si imam ternyata membelakangi kiblat. sedangkan dua anak murid tadi yang menemani maulana baha'uddin itu menghadap kiblat.

maulana baha'uddin rupanya telah melalu keadaan kesedaran ego dan memasukki keadaan kehilangan diri terserap di dalam cahaya Tuhan. dia telah mencapai makna perkataan Nabi: matilah sebelum engkau mati. dia kemudian menjadi cahaya Tuhan. dan sesiapa pun yang membalikkan punggungnya pada cahaya Tuhan untuk memandang dinding telah betul-betul mengarahkan punggungnya ke arah kiblat. ini kerana cahaya adalah jiwa kiblat. Nabi menjadikan ka'abah sebagai arah solat untuk seluruh dunia. tapi Dia, Tuhan Yang Maha Kuasa lebih layak untuk menjadi arah solat kerana atas Nama-Nyalah ka'abah menjadi kiblat.

maulana mengungkapkan kisah seorang raja yang berkata kepada seorang darwish: saat engkau menikmati keagungan dan kedekatan pada Istana Tuhan, beritahulah aku. darwish itu berkata: apabila aku telah sampai pada Kehadiran-Nya, dan aku mengungkapkan sinar dari Matahari Keindahan itu, aku tidak akan mampu untuk memberitahu kepada diri ku, apalagi kepadamu.

maulana berpendapat bahawa apabila Tuhan telah memilih satu pelayan-Nya dan menyebabkannya terserap ke dalam Diri-Nya, apabila setiap orang mesti berebut memegang pakaian-Nya dan membuat permintaan kepada Tuhan, Tuhan akan mengabulkan permintaan yang paling dekat dengan-Nya walaupun dia tidak mengatakan permintaan-Nya.

maulana seterusnya menyatakan sebuah cerita berkenaan seorang raja yang memiliki warga yang dia kasihi dengan penghargaan amat tinggi. kita warga itu ingin ke istana raja itu, individu-individu yang memiliki apa-apa permintaan akan memberikan surat-surat kepadanya untuk diberikan kepada raja itu dan warga itu meletakkan surat-surat itu dalam kantung. ketika tiba di hadapan raja dan cahaya keindahan raja bersinar kepadanya, warga itu akan jatuh tidak sedarkan diri pada kaki raja itu. raja itu akan meletakkan tangannya dengan penuh kasih ke dalam kantung warga itu, dan berkata: apakah ini, warga negaraku, siapa yang telah terserap dalam keindahanku? raja itu akan menarik surat-surat itu kemudian mencatatkan persetujuan pada belakang surat-surat itu lalu mengganti semuanya dalam kantung itu. kemudian, tanpa perlu kehadiran individu-individu yang meminta tersebut, semua permintaan dikabulkan. tiada satu pun yang ditolak. kenyataannya, pemohon diberi lebih daripada yang diminta. meski demikian, lebih dari ratusan permintaan dibuat warga lain yang tetap sedar dan mampu menghadirkan permohonan kepada raja itu atas nama orang lain, hanya sedikit yang dikabulkan.

No comments: