Sunday, April 4, 2010

Jalaluddin al-Rumi:Tubuh Yang Fana, Jiwa Yang Abadi

Kita boleh melupakan melakukan semua urusan kecuali satu. Sekiranya kita melupakan melakukan urusan itu ibarat kita tidak melaksanakan semua urusan. Sebagai contoh, seorang Raja mengarahkan utusannya untuk melakukan sesuatu tugas di sebuah kampung. Akan tetapi, utusan tersebut melakukan pelbagai urusan tetapi gagal melakukan tugasan yang diarahkan Raja tersebut. Maka utusan tersebut telah dianggap gagal melakukan tugasan yang di arahkan Raja tersebut. Kita wujud di dunia dengan sesuatu tujuan atau urusan yang mesti dilakukan. Amanat untuk melakukan tujuan atau urusan tersebut telah ditawarkan kepada syurga, bumi, dan gunung. Tetapi mereka menolak tawaran tersebut. Tapi kita menerima tawaran tersebut sehingga di anggap tidak adil pada diri sendiri dan bodoh (Al-Qur'an, 33:72).

Di kala syurga, bumi, dan gunung tidak menerima amanat tersebut, kita menerimanya. Sebab itu kita dimuliakan (Al-Qur'an, 17: 70). Tidak pula Tuhan berkata bahawa Kami telah memuliakan bumi. Maka menjadi kewajipan kita untuk melaksanakan amanat tersebut. Sebab itu sekali lagi, kita boleh melupakan semua perkara kecuali perkara tersebut. Tuhan telah menetapkan harga yang tinggi kepada kita. Sesungguhmya Tuhan telah membeli kita yang beriman jiwa kita, dan harta benda kita serta menjanjikan kita kenikmatan syurga (Al-Qur'an, 9:111). Oleh itu sekiranya kita membelanjakan untuk Tuhan, maka ganjarannya syurga abadi. Akan tetapi sekiranya kita membelanjakan untuk neraka, maka kita telah berlaku tidak adil pada diri kita sendiri.

Kita sering berdalih menyibukkan diri dengan ratusan amalan terpuji dengan mengatakan bahawa kita telah mempelajari ilmu fiqh, ilmu mantik, ilmu astronomi, ilmu perubatan dan sebagainya. Hakikatnya, semua ilmu ini hanyalah untuk faedah diri kita sendiri supaya kita dapat menjalani kehidupan yang senang dan ceria. Apabila kita menghalusi masalah-masalah di atas, akan kita sedari bahawa kita ialah substansi dan segala hal sebenarnya di bawah tapak tangan kita. Oleh itu, kita seharusnya sedar untuk menjadi apa sebenarnya sekiranya kita ialah substansi.

Di samping makanan yang kita makan bertujuan untuk menjaga fizikal kita, ada lagi makanan lain yang harus kita makan. Lupakah kita akan sabda Nabi Muhammad s.a.w yang menjelaskan bahawa baginda s.a.w sentiasa menghabiskan masanya dengan Tuhan dan Dia sentiasa memberinya makan dan minuman. Kita telah melupakan makanan ini dan menyibukkan diri dengan memakan makanan dunia pula.

Para golongan terpelajar begitu ajaib memahami segala ilmu pengetahuan. Mereka mempelajari segala ilmu yang merupakan bukan ilmu keutamaan mereka. Yang benar-benar penting sebenarnya ialah ilmu berkenaan diri mereka sendiri. Malangnya ramai antara mereka yang tidak mengetahuinya. Mereka sibuk secara melampau dalam mempelajari penilaian halal atau haram segala sesuatu seperti mengatakan bahawa yang ini halal dan yang itu haram. Mereka tidak mengetahui bahawa segala penilaian tersebut adalah kebetulan. Bahkan segala amal dan pengetahuan mereka tidak langsung memiliki hubungan dengan intisari atau hakikatnya. Hatta, sekiranya ianya dilemparkan kedalam api maka ia akan menjadi intisarinya.

No comments: