Monday, July 14, 2008

Di Mana Masa Sekarang?

Persoalan yang diajukan sebelum ini di mana masa sekarang? Sebenarnya masa sekarang juga diketahui para golongan suci yang rapat dengan Tuhan Yang Maha Agung. Mereka diberi ilmu oleh Yang Maha Agung tentang hakikat masa sama ada masa lampau, sekarang, dan akan datang. Akan tetapi tidaklah ilmu mereka melebihi ilmu kekasih Yang Maha Agung yang utama iaitu Pesuruh-Nya yang terakhir (s.a.w). Dengan ilmu tersebut, masa yang juga dicipta Yang Maha Agung menjadi hamba mereka. Seolah-olah mereka boleh berkata kepada masa: "Wahai masa sila berhenti." Apabila berhentinya masa, kita sebenarnya kaku tetapi tidak disedari kita. Akan tetapi apabila berhentinya masa, mereka tidak kaku seperti kita sebagaimana yang diizinkan Yang Maha Agung. Ketika itulah sebenarnya masa sekarang. Apabila mereka berkata kepada masa:"Wahai masa sila bergerak", kita tersedar dan bergerak tetapi kita tidak mengetahui bahawa masa telah berhenti seketika dengan izin Yang Maha Agung. Sejarah telah membuktikan kita bahawa Yang Maha Agung telah menjadikan masa hamba mereka. Contohnya, sejarah mengajar kita bahawa Syeikh Abdul Kadir al-Jailani berceramah di pelbagai tempat dalam waktu yang sama. Kita juga kedengaran banyak daripada mereka melakukan penyerahan kepada Yang Maha Agung dengan sujud yang berpuluhan ribu sujud dalam satu malam di mana Yang Maha Agung telah memanjangkan masa untuk mereka sedangkan masyarakat yang tinggal bersama mereka tidak menyedari keadaan tersebut. Kita juga kedengaran dalam sejarah di Tanah Melayu ramai daripada mereka yang berasal dari Yaman datang menyebarkan Islam dengan cara yang unik iaitu dari Yaman mereka melangkah dalam masa beberapa saat telah tiba di Tanah Melayu. Akan tetapi, jangan tertipu dengan helah mereka yang bukan daripada golongan suci yang menggunakan sihir. Akan tetapi itulah pandangan saya.

No comments: